Sunday, January 1, 2012

tahun baru


yeah aku di sini muncul lagi. aku mintak izin nak tulis dalam BM pulak sebab aku terpanggil untuk memartabatkan bahasa melayu jiwa bangsa ni.
sempena dengan tahun baru, aku dengar semua orang nak kecoh-kecoh pasal azam tahun baru, wish happy new year dah sebagainya lah kan. aku pun takkan nak jadi katak comel di bawah tempurung termenung memikirkan masa depan je kan.

aku sebagai anak lady jo terpanggil untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua yang mengenali jasad dan hati seorang insan yang bernama muhammad sobri fadzil ni. aku nak ucapkan tahniah kalau azam korang tahun sebelum2 nya tercapai dan aku saran kepada anda sekiranya azam yang tak tercapai pada tahun lepas korang batalkan je lah azam tu. takde guna dah nak guna azam yang dah lapuk dan expired. tak cool la weh. baik anda bina azam baru yang anda rasa sesuai dan mampu dgn diri anda sendiri. hahaha. tak setuju? takpe. pendapat berbeza menjadikan hidup lebih bermakna. haha.

azam aku untuk tahun ni.
dari segi islamiknya aku nak pertingkatkan lagi kualiti ibadah aku.
solat di awal waktu. :D
banyakkan puasa sunat.
rajin2 ringankan kaki pergi surau dan masjid yang berdekatan.
amin.


















dari segi jasmani pulak.
aku nak dapatkan badan yang segak dan tegap baru lah market tinggi sikit. haha

agak2 gua dah dapat badan mcm mamat ni. baru la h gua puas hati. haha
dari segi emosi.
aku nak kurangkan sikit perangai gila2 dan tak matang aku.
berusaha untuk menjadi lelaki yang matang.;)
aku ingat lagi apa yg ustazah aku cakap kat aku waktu kelas agama ketika aku berada di tingkatan 3.
aku elok2 duduk senyap menelaah buku agama ketika mereka rancak bersembang2. tiba2 aku
terdengar suara yang seakan-akan mencabar aku untuk berubah sikap. suara itu lantang berucap mengatakan "Sobri tu kalau pandang sekali memang nampak matang, handsome, dah boleh kawin dah"! kata ustazah kepada rakan2 ku. aku highlight kat situ supaya anda jelas. masa tu aku dah kembang kena puji. ustazah menyambung ayatnya."tapi bila tengok perangai tak matang langsung"! hancur luluh hati aku tatkala mendengar bait2 terakhir ustazah sambil melebarkan senyumanku yang sinis. sejak dari tu aku cuba untuk berlagak matang dan cool sehinggalah sekarang. haha.

sempena tahun baru ni, aku cuba mngubah sedikit identiti aku pagi tadi.
aku singgah kat saloon cina sebelah taman aku untuk mendapatkan khidmat gunting rambut darpd beliau.
hasilnya memang tak mengecewakan. terbaik lah lu apek. haha
lebih kurang mcm ni la pendek rambut gua sekarang. style kan? haha

2 comments:

  1. alaaa... taylor lautner tu gay. crushed giler hati sume pompuan yg minat dye b4 this :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete